Bahaya Penyakit Hernia
Jarang kita dengar mengenai penyakit “Hernia”. Hernia atau dalam
bahasa Latin membawa maksud penonjolan keluar organ atau tisuatau suatu rongga
melalui bukaan otot yang lemah pada bahagian abdomen. Dinding abdomen yang
lemah itu kemudiannya membentuk suatu bekas/bulatan dengan bukaan berbentuk seperti
cincin. Gangguan ini sering terjadi di kawasan perut dengan komponen yang
keluar berupa bahagian dalaman perut seperti usus kecil, usus besar atau
lapisan lemak yang menyelaputi kedua-dua usus ini.
Hernia merupakan
gangguan kesihatan yang umumnya dirasai oleh kaum Adam – sehingga 10 kali
ganda berbanding wanita. Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih sinonim
sebagai angin pasang, burut, uluran, bodek atau turun beruk. Hernia bukanlah penyakit keturunan. Proses terjadinya Hernia pada
bayi berbeza dengan Hernia pada orang dewasa yang biasanya terjadi kerana
kelemahan otot dinding perut. Bagi orang dewasa, Hernia terjadi kerana dua
faktor utama iaitu, adanya otot dinding rongga dan yang kedua ialah dorongan
yang menyebabkan tekanan di dalam rongga perut meningkat. Biasanya, Hernia pada
orang dewasa terjadi pada usia lanjut, kerana pada usia tersebut, otot dinding
rongga perut melemah. Bagi wanita,
kegemukan juga dapat memungkinkan timbulnya daerah yang lemah. Keadaan-keadaan
itu, jika ditambah dengan faktor kedua tadi, dapat mengakibatkan usus terdorong
ke dalam "daerah perbatasan" yang lemah tersebut dan menonjol ke
luar.
Golongan obes
berisiko tinggi mendapat penyakit Abdominal Hernia dan Inquinal Hernia selain
Umbilical Hernia. Inquinal Hernia atau pasang surut adalah paling diperkatakan
di negara ini, dengan ramai masih tidak biasa dengan Hernia Umbilical yang
menyerang Aishah Rose, wanita obes yang ceritanya pernah disiarkan di media
massa sebelum ini. nasib la aku bukan dalam kalangan ini. Untuk mencegahnya
daripada berulang, pesakit perlu menghindari perkara-perkara yang dapat
meningkatkan tekanan di dalam rongga perut. Misalnya, berhenti merokok dan jika
sukar membuang air, segera berubat dan elakkan meneran selain melakukan
kerja-kerja yang lebih ringan dan menurunkan berat badan.
No comments:
Post a Comment