Tuesday, 24 November 2015

Motivasi Murid Luar Bandar

Program ‘science Attack’ tarik minat para pelajar terhadap bidang sains dan teknlogi. Antara sekolah terbabit ialah  Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Nunuyan Laut, SK Sibugal Besar, SK Rancangan Luboh, SK Taman Rimba dan SK Entilibon. Program anjuran Yayasan Pelajaran MARA dengan kerjasama MRSM adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanankan MRSM untuk membantu sekolah di kawasan sekitar. Melalui program tersebut, murid bukan sahaja berpeluang berinteraksi dengan pelajar MRSM, malah dapat bekerjasama melakukan pelbagai aktiviti berkaitan dengan bidang sains dan teknologi dalam bentuk bengkel. Aktiviti tersebut menghasilkan pelangi menggunakan konsep densiti, menguji kapasiti paru-paru, membina jambatan menggunakan bahan terpakai, bangunan dan menguju elektrik.
            Sembilan daripada 13 sekolah yang dipilih mengikuti program julung kali diadakan adalah sekolah angkat MRSM. Terdapat ramai pelajar yang bercita-cita besar untuk menjadi seorang yang berjaya di masa hadapan seperti menjadi seorang doktor mahupun  guru, tetapi disebabkan jarak jauh dari rumah mereka dengan kawasan sekolah membataskan pembelajaran mereka. Pelajar MRSM banyak memberikan mereka semangat untuk belajar dengan lebih tekun agar boleh mengikuti jejak langkah pelajar MRSM untuk memasuki sekolah berasrama penuh.

Wednesday, 18 November 2015

Bahaya Penyakit Hernia

Jarang kita dengar mengenai penyakit “Hernia”. Hernia atau dalam bahasa Latin membawa maksud penonjolan keluar organ atau tisuatau suatu rongga melalui bukaan otot yang lemah pada bahagian abdomen. Dinding abdomen yang lemah itu kemudiannya membentuk suatu bekas/bulatan dengan bukaan berbentuk seperti cincin. Gangguan ini sering terjadi di kawasan perut dengan komponen yang keluar berupa bahagian dalaman perut seperti usus kecil, usus besar atau lapisan lemak yang menyelaputi kedua-dua usus ini.

            Hernia merupakan gangguan kesihatan yang umumnya dirasai oleh kaum Adam – sehingga 10 kali ganda berbanding wanita. Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih sinonim sebagai angin pasang, burut, uluran, bodek atau turun beruk. Hernia bukanlah penyakit keturunan. Proses terjadinya Hernia pada bayi berbeza dengan Hernia pada orang dewasa yang biasanya terjadi kerana kelemahan otot dinding perut. Bagi orang dewasa, Hernia terjadi kerana dua faktor utama iaitu, adanya otot dinding rongga dan yang kedua ialah dorongan yang menyebabkan tekanan di dalam rongga perut meningkat. Biasanya, Hernia pada orang dewasa terjadi pada usia lanjut, kerana pada usia tersebut, otot dinding rongga perut melemah. Bagi wanita, kegemukan juga dapat memungkinkan timbulnya daerah yang lemah. Keadaan-keadaan itu, jika ditambah dengan faktor kedua tadi, dapat mengakibatkan usus terdorong ke dalam "daerah perbatasan" yang lemah tersebut dan menonjol ke luar.

            Golongan obes berisiko tinggi mendapat penyakit Abdominal Hernia dan Inquinal Hernia selain Umbilical Hernia. Inquinal Hernia atau pasang surut adalah paling diperkatakan di negara ini, dengan ramai masih tidak biasa dengan Hernia Umbilical yang menyerang Aishah Rose, wanita obes yang ceritanya pernah disiarkan di media massa sebelum ini. nasib la aku bukan dalam kalangan ini. Untuk mencegahnya daripada berulang, pesakit perlu menghindari perkara-perkara yang dapat meningkatkan tekanan di dalam rongga perut. Misalnya, berhenti merokok dan jika sukar membuang air, segera berubat dan elakkan meneran selain melakukan kerja-kerja yang lebih ringan dan menurunkan berat badan.