Tuesday, 24 November 2015

Motivasi Murid Luar Bandar

Program ‘science Attack’ tarik minat para pelajar terhadap bidang sains dan teknlogi. Antara sekolah terbabit ialah  Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Nunuyan Laut, SK Sibugal Besar, SK Rancangan Luboh, SK Taman Rimba dan SK Entilibon. Program anjuran Yayasan Pelajaran MARA dengan kerjasama MRSM adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanankan MRSM untuk membantu sekolah di kawasan sekitar. Melalui program tersebut, murid bukan sahaja berpeluang berinteraksi dengan pelajar MRSM, malah dapat bekerjasama melakukan pelbagai aktiviti berkaitan dengan bidang sains dan teknologi dalam bentuk bengkel. Aktiviti tersebut menghasilkan pelangi menggunakan konsep densiti, menguji kapasiti paru-paru, membina jambatan menggunakan bahan terpakai, bangunan dan menguju elektrik.
            Sembilan daripada 13 sekolah yang dipilih mengikuti program julung kali diadakan adalah sekolah angkat MRSM. Terdapat ramai pelajar yang bercita-cita besar untuk menjadi seorang yang berjaya di masa hadapan seperti menjadi seorang doktor mahupun  guru, tetapi disebabkan jarak jauh dari rumah mereka dengan kawasan sekolah membataskan pembelajaran mereka. Pelajar MRSM banyak memberikan mereka semangat untuk belajar dengan lebih tekun agar boleh mengikuti jejak langkah pelajar MRSM untuk memasuki sekolah berasrama penuh.

Wednesday, 18 November 2015

Bahaya Penyakit Hernia

Jarang kita dengar mengenai penyakit “Hernia”. Hernia atau dalam bahasa Latin membawa maksud penonjolan keluar organ atau tisuatau suatu rongga melalui bukaan otot yang lemah pada bahagian abdomen. Dinding abdomen yang lemah itu kemudiannya membentuk suatu bekas/bulatan dengan bukaan berbentuk seperti cincin. Gangguan ini sering terjadi di kawasan perut dengan komponen yang keluar berupa bahagian dalaman perut seperti usus kecil, usus besar atau lapisan lemak yang menyelaputi kedua-dua usus ini.

            Hernia merupakan gangguan kesihatan yang umumnya dirasai oleh kaum Adam – sehingga 10 kali ganda berbanding wanita. Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih sinonim sebagai angin pasang, burut, uluran, bodek atau turun beruk. Hernia bukanlah penyakit keturunan. Proses terjadinya Hernia pada bayi berbeza dengan Hernia pada orang dewasa yang biasanya terjadi kerana kelemahan otot dinding perut. Bagi orang dewasa, Hernia terjadi kerana dua faktor utama iaitu, adanya otot dinding rongga dan yang kedua ialah dorongan yang menyebabkan tekanan di dalam rongga perut meningkat. Biasanya, Hernia pada orang dewasa terjadi pada usia lanjut, kerana pada usia tersebut, otot dinding rongga perut melemah. Bagi wanita, kegemukan juga dapat memungkinkan timbulnya daerah yang lemah. Keadaan-keadaan itu, jika ditambah dengan faktor kedua tadi, dapat mengakibatkan usus terdorong ke dalam "daerah perbatasan" yang lemah tersebut dan menonjol ke luar.

            Golongan obes berisiko tinggi mendapat penyakit Abdominal Hernia dan Inquinal Hernia selain Umbilical Hernia. Inquinal Hernia atau pasang surut adalah paling diperkatakan di negara ini, dengan ramai masih tidak biasa dengan Hernia Umbilical yang menyerang Aishah Rose, wanita obes yang ceritanya pernah disiarkan di media massa sebelum ini. nasib la aku bukan dalam kalangan ini. Untuk mencegahnya daripada berulang, pesakit perlu menghindari perkara-perkara yang dapat meningkatkan tekanan di dalam rongga perut. Misalnya, berhenti merokok dan jika sukar membuang air, segera berubat dan elakkan meneran selain melakukan kerja-kerja yang lebih ringan dan menurunkan berat badan.


Friday, 16 October 2015

Mengenai Diri Ku



Bila akalku mula berkata-kata, dan bila penaku menulis…. Akan ku coretkan segalanya. 

Namaku Nor Alwani Binti Mustaffa. Nor bermaksud cahaya, Alwani ialah warna-warni. Jika digabungkan namaku memiliki maksud “cahaya warna-warni”. Nama ku mempunyai erti yang sangat sepadan dengan kehidupan dan pewartakanku. Mungkin bagi sesiapa yang tidak menenaliku hanya menilai dari luaran. Tetapi hakikatnya saya adalah seorang yang sangat periang (terlalu periang sebenarnya, hehehe). Saya dilahirkan di bumi yang penuh kehijauan iaitu negeri Kedah Darul Aman.
Mengenai keluarga saya, saya hanya mempunyai 6 orang ahli keluarga termasuk seorang ayah iaitu, Mustaffa (lebih gemar dengan memanggil abah, Nampak la kemnjaan tu ckit.J ) dan seorang ibu Noraini. Ayah saya merupakan seorang buruh biasa yang bekerja sendiri. Ayah saya seorang yang rajin mencari nafkah untuk kami sekeluarga. Ibu pula seorang suri rumah sepenuh masa, dialah yang banyak mengajar kami adik beradik erti kehidupan yang sebenar. Saya merupakan anak sulung (sorang sahaja perempuan) 3 orang adik lelaki. Semua masih belajar lagi.

 “sekalipun saya mampu berikan seluruh bumi dan isinya kepada ibu saya dan sekalipun saya mampu berikan seluruh langit dan isinya kepada ayah saya, takkan mungkin mampu membalas seluruh isi ‘syurga’ yang mereka hadiahkan dalamnya kehidupan saya sebagai seorang anak”

Saya mendapat pendidikan pertama di Pasti sewaktu umur saya 5 tahun. Kemudian, semasa umur saya 7 tahun, saya belajar di Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka hingga umur saya 12 tahun, kemudian saya menyambung pengajian di tingkatan satu hingga tingkatan 5 di Sekolah Menengah Agama Pekan Gurun. Selepas itu saya mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian di peringkat diploma dengan memasuki pra universiti di tingkatan 6 di Sekolah Menengan Kebangsaan Yan.  Sekarang saya terus menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujuan di kolej Teknologi Alpha dengan Kerjasama Universiti Utara Malaysia. 

Semenjak saya berumur 13 tahun sehingga sekarang saya belajar untuk hidup berdikari. Hidup berjauhan dengan keluarga, banyak mengajar saya erti kehidupan yang sebenar. Suka dan duka silih berganti. Ramai orang sebenarnya takut kecewa, tidak pandai rebut peluang, takut tidak diterima, takut orang kritik dan tidak yakin bahawa dia mampu memiliki apa yang dia mahukan. 

”Berjuta manusia berkongsi kisah suka dan duka yang sama, bukan kita seorang sahaja yang ada cerita duka bahkn semua kisah adalah rentetan ulangan semula kisah yang sama. Usahlah kita terlalu bersedih”