Bila akalku mula berkata-kata, dan bila penaku menulis…. Akan ku
coretkan segalanya.
Namaku Nor Alwani Binti Mustaffa. Nor bermaksud cahaya, Alwani
ialah warna-warni. Jika digabungkan namaku memiliki maksud “cahaya
warna-warni”. Nama ku mempunyai erti yang sangat sepadan dengan kehidupan dan
pewartakanku. Mungkin bagi sesiapa yang tidak menenaliku hanya menilai dari
luaran. Tetapi hakikatnya saya adalah seorang yang sangat periang (terlalu
periang sebenarnya, hehehe). Saya dilahirkan di bumi yang penuh kehijauan iaitu
negeri Kedah Darul Aman.
Mengenai keluarga saya, saya hanya mempunyai 6 orang ahli keluarga
termasuk seorang ayah iaitu, Mustaffa (lebih gemar dengan memanggil abah,
Nampak la kemnjaan tu ckit.J )
dan seorang ibu Noraini. Ayah saya merupakan seorang buruh biasa yang bekerja
sendiri. Ayah saya seorang yang rajin mencari nafkah untuk kami sekeluarga. Ibu
pula seorang suri rumah sepenuh masa, dialah yang banyak mengajar kami adik
beradik erti kehidupan yang sebenar. Saya merupakan anak sulung (sorang sahaja
perempuan) 3 orang adik lelaki. Semua masih belajar lagi.
“sekalipun saya mampu
berikan seluruh bumi dan isinya kepada ibu saya dan sekalipun saya mampu
berikan seluruh langit dan isinya kepada ayah saya, takkan mungkin mampu
membalas seluruh isi ‘syurga’ yang mereka hadiahkan dalamnya kehidupan saya
sebagai seorang anak”
Saya mendapat pendidikan pertama di Pasti sewaktu umur saya 5
tahun. Kemudian, semasa umur saya 7 tahun, saya belajar di Sekolah Kebangsaan Ulu
Sedaka hingga umur saya 12 tahun, kemudian saya menyambung pengajian di
tingkatan satu hingga tingkatan 5 di Sekolah Menengah Agama Pekan Gurun.
Selepas itu saya mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian di peringkat
diploma dengan memasuki pra universiti di tingkatan 6 di Sekolah Menengan
Kebangsaan Yan. Sekarang saya terus
menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujuan
di kolej Teknologi Alpha dengan Kerjasama Universiti Utara Malaysia.
Semenjak saya berumur 13 tahun sehingga sekarang saya belajar untuk
hidup berdikari. Hidup berjauhan dengan keluarga, banyak mengajar saya erti
kehidupan yang sebenar. Suka dan duka silih berganti. Ramai orang sebenarnya
takut kecewa, tidak pandai rebut peluang, takut tidak diterima, takut orang
kritik dan tidak yakin bahawa dia mampu memiliki apa yang dia mahukan.
”Berjuta manusia berkongsi kisah suka dan duka yang sama, bukan
kita seorang sahaja yang ada cerita duka bahkn semua kisah adalah rentetan
ulangan semula kisah yang sama. Usahlah kita terlalu bersedih”